2012年6月13日星期三

Kemahiran Hidup

Memasak adalah satu aktiviti yang amat disukai oleh pelajar-pelajar.
sekarang saya ingin mengajar pelajar-pelajar membuat kek yang sedap.


Kek Pisang Marble Kukus

 


 Bahan-Bahannya
2 1/2 cawan tepung gandum ( di ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder)
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak ( atau butter yang dicairkan)
3/4 cawan gula
5 biji pisang yang sudah ranum dilecek dengan secubit garam (3/4 cawan)
1/2 cawan susu soya ( nak guna susu segar atau santan pun boleh)
beberapa titik esen vanila
4 sudu besar serbuk koko atau 1 sudu besar coklat emulco ( untuk lapisan coklat)





Cara-caranya

1. Lecek pisang bersama secubit garam hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu soya, kacau sebati.

3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian di masukkan dengan 4 sudu besar serbuk koko dan kacau sebati.

4. Panaskan kukusan, pastikan acuan silicon di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, sendukkan adunan apam pisang coklat berselang seli dengan adunan asal dan pastikan adunan 3/4 acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Kukus selama 40 minit hingga 1 jam dengan menggunakan api sederhana. Selamat Mengukus. : )

 

 

Resepi Kek Untuk Sambutan Hari Jadi

 

Kek Coklat Yang Lazat

Bahan-Bahan:

180 gm tepung naik sendiri
240 gm marjerin
240 gm gula castor
4 biji telur 45 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu


Cara:
Panaskan oven sehingga 180 darjah celcius.
Pukul marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder.
Campurkan kedua-dua adunan dan masukkan susu.
Bakar selama 40-45 minit.

Tags: Kek Coklat, Kek Hari jadi, Resepi Kek yang sedap, Resepi Kek Terbaru, Resepi Kek Untuk Sambutan Hari Jadi, Resepi Kek yang menyelerakan, resepi kek mudah dan sedap


 

 

Kek Coklat Kukus


Kek Coklat Kukus
BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk coklat 
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)
 

CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan  ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

没有评论:

发表评论